About

Showing posts with label Healing Process. Show all posts
Showing posts with label Healing Process. Show all posts

Wednesday 15 May 2013

VCO CATALYST : PEMBUANGAN TOKSIN

.
0 comments

PERKONGSIAN :

Salam semua..
Kali ni ekin nak kongsi satu pengalaman pengguna baru VCO CATALYST (Lydia, kawan kpd norliyana yang baru je ekin COD tadi). Cerita Lydia " baru jer try sebotol VCO dengan suaminya. Makan dan sapu kat muka. Tapi katanya, seminggu selepas tu dia dan suaminya rasa LIDAS (rasa macam lepas makan nenas) dan ada bintik-bintik kat lidah..So, sekali lagi ekin kongsikan dgn anda kenapa jadi macam tu :


KENAPA IANYA BERLAKU?

Krisis penyembuhan atau healing crisis adalah kesan yang dapat dirasai oleh mereka yang mengambil makanan tambahan. Ini berlaku bila tubuh kita yang yang banyak radikal bebas mula membebaskan toksin dan membina semula sel-sel tubuh, hasil dari pengambilan pemakanan tambahan. Pengambilan makanan bernutrisi tinggi membuatkan nutrien ini bertindakbalas dengan oksigen dan menjadikan sistem dalaman kita lebih cergas bekerja. Oleh yang demikian, tisu-tisu dan sel-sel mula membuang toksin. Jadi, mereka yang pertama kali mengambil nutrien bermutu ini akan mula berasa tak sedap badan, mungkin nak demam, sakit kepala, sakit pinggang, muntah-muntah, rasa lidas lidah dan sebagainya.


KENAPA PROSES PEMBUANGAN TOKSIN BOLEH MENDATANGKAN KESAN MACAM TU?

Sebenarnya ia bukan kesan sampingan atau side effect, sebaliknya tindak balas normal, dan sekiranya anda menghadapi krisis penyembuhan ia adalah petanda yang elok. Maknanya sistem badan anda mula bekerja untuk menjana sel-sel baru dalam tubuh. Umpama sebuah tangki yang berkarat di bahagian dalamnya. Apabila dibersihkan, maka keluarlah karat-karatnya, lalu tinggallah tangki yang bersih. Tubuh kita seperti tangki itu yang penuh dengan karat. Oleh itu, seperti karat-karat yang keluar bila dia dibersihkan, toksin dan benda bahaya akan keluar dari badan kita bila mengambil supplement. Untuk mengurangkan kesan healing crisis anda perlu minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari.

readmore »»
 

Followers

Info Catalyst

View My Stats