About

TIPS BISNES

KAEDAH PEMASARAN YANG EKIN PAKAI

Salam semua. Kali ini ekin nak kongsikan kaedah pemasaran yang ekin pakai dalam Biz Catalyst ini. Walaupun nampak simple tapi berkesan tau. Ekin bukannya pakar dalam bisnes ini tapi cuma nak berkongsi dengan usahawan catalyst yang lain  & agen-agen di bawah ekin untuk memantapkan dan meningkatkan lagi jualan  masing-masing. Harap tips ini dapat membantu.

1. Facebook 
  • Medium pemasaran yang paling berkesan sebab setiap yang kita post akan dilihat oleh Friends list kita . Kalau ada 400 friends pasti mereka notify apa yang kita post kan. Walaupun tidak semua yang respons, Insya-Allah lepas tu akan ada yang mesej atau call.
  • Post testimoni kita sendiri - Ini akan membuatkan mereka lebih yakin dan tidak meragui keberkesanan produk catalyst apatah lagi kita sendiri yang terlebih dulu merasai khasiatnya. 
  • Rajin - rajinlah Post pasal khasiat produk catalyst sekurang-kurangnya 1 post sehari.
  • Kongsikan artikel - artikel kesihatan yang boleh dikaitkan dengan Produk Catalyst. Contohnya artikel pasal " Minum Air 8 Gelas Sehari " boleh dikaitkan dengan Produk VCO .
2. Blogspot
  • Setiap Usahawan Catalyst wajib ada blogspot untuk perniagaan, Blog ini sememangnya banyak membantu dalam Pemasaran Produk. Blogspot ini umpama Kedai Maya yang beroperasi 24/7 tanpa henti yang hanya tunggu customer datang je. So amat digalakkan untuk wujudkan satu blog.
  • Kongsikan artikel-artikel menarik dalam blog kita. Kalau boleh biarlah padat dengan maklumat Produk Catalyst. Ini akan menarik perhatian mereka untuk mengunjugi entry kita.
  • Kalau boleh nama blog tu mesti ada Catalyst, sebagai Contoh "Catalystputrajaya.blogspot.com" sebab bila mereka taip Catalyst kat Google, nama blog kita pun akan tersenarai sekali. 
  • Pastikan dalam blog tu lengkap dengan maklumat kita seperti : no tel, facebook, lokasi perniagan DLL.
3. Share Untung ( dropship )
  • Kaedah ini ekin pakai dengan adik-beradik je. Boleh share untung dari Bisnes Catalyst ini. Caranya senang je. Kalau ada kakak, adik, abang, makcik, pakcik bagilah komisyen kepada mereka. Kalau perkenalkan customer pada kita share keuntungan dari jualan tu. So akan bertambahlah customer kita.
  • Tapi kalau nak share dengan kawan pun boleh :)
4. Pamerkan Produk kat Ofis 
  • Cara ekin senang je tiap-tiap pagi ekin akan makan VCO kat ofis. Lagi bagus kalau makan depan rakan-rakan kita. Kalau dah nampak mesti rakan-rakan kita tu tanya apa yang kita makan. So, apa lagi.. promotelah Produk Catalyst...senang kan hehehehe. So far, caranya memang berjaya! Tak percaya? Try la ye.
  • Kalau boleh produk tu sentiasa ada kat workstation. Ni cara pemasaran secara senyap yang ekin amalkan. Kawan-kawan mesti perasaan VCO atas meja. Meraka akan tanya dan masa tu la bermulanya bisnes kita!
5. Makan Dan Rasai Keberkesanan Setiap Produk
  • Ekin akan makan bagi setiap produk untuk merasai sendiri keberkesanan produk. So, kalau dah makan tu dan bila dah tahu hasilnya, senanglah untuk kita kongsi dengan lebih yakin kepada customer kita. Kalau produk untuk lelaki seperti Men Vita, suami/ayah/abang/adik lelaki kita boleh dijadikan testimoni.
  • Cara ni sangat penting untuk kita agar mereka diluar sana tidak was-was dan dapat meningkatkan lagi tahap keyakinan mereka pada produk catalyst.
* Diharapkan apa yang ekin kongsikan ini akan membantu dalam meningkatkan lagi Bisnes anda semua. Semoga berjaya!


BUKU AKAUN  

Buku akaun sangat penting dalam menjalankan apa jua bisnes sekalipun kerana dengan buku ini kita akan tahu cash flow, kutipan modal & keuntungan jualan kita nanti. Kali ini nak kongsi  bagaimana ekin buat buku akaun untuk bisnes Catalyst ni tapi ini sekadar contoh sahaja (al-maklumla tak pandai sangat bab-bab akaun ni). Sekiranya anda tahu cara yang bersesuaian untuk akaun anda, itu lebih bagus!



Contoh : Akaun untuk agen

A = Supaya senang kita nak agak bila customer akan buat tempahan ulangan untuk bulan depan.
B = Senang kita nak kira stok nanti dengan ada catatan produk yg terjual.
C = Harga untuk Produk 
D = Kuantiti Produk yg ditempah 
E = Harga keseluruhan produk ,( E= C x D ) 
F = Modal agen beli barang dari stokis Cth : VCO = RM30.00 sekotak     
G = Keuntungan ( G = E - F ) 

Daripada jadual di atas ini kita akan tahu berapa Jualan Kasar Sebulan, Modal  dan juga keuntungan dalam sebulan.

readmore »»
 

Followers

Info Catalyst

View My Stats